Ingin Berkahwin? Jangan Jadikan KEWANGAN Penghalang Hari Bahagia Anda!
Ketahui bagaimana saya berjaya melangsungkan perkahwinan tanpa perlu membuat pinjaman walaupun jumlah perbelanjaan melebihi RM30,000!
Perkahwinan adalah perkara yang dituntut. Dalam satu hadith Rasulullah, "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Namun kebanyakan alasan yang diberikan untuk menangguhkan perkahwinan adalah kerana faktor kewangan, khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri. Akhirnya ramai yang membuat keputusan untuk membuat pinjaman yang tinggi demi untuk mengejar hari bahagia.
Akibat jelas yang kita lihat hari ini, selepas berkahwin ramai yang terima tekanan kewangan sehinggakan gaji yang diterima setiap bulan tidak mampu menampung keperluan rumah tangga. Hutang pula bertimbun-timbun. Kesannya, berlaku konflik keluarga, penceraian dan perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang kita baca di muka depan surat khabar.
Inikah kebahagiaan yang kita mahukan?
Nak buat pinjaman?Boleh, anda hanya perlu tandakan satu lagi hutang dalam senarai hutang di bawah: |